Lima Strategi Terbaik untuk Opsyen Perdagangan Binari

Jika anda berdagang tanpa apa-apa strategi atau taktik bagi membantu anda dalam Opsyen binary, lebih baik anda

Perdagangan dalam Opsyen binari merupakan salah satu ikutan terkenal dalam pasaran kewangan pada hari ini. Kedua-dua pedagang yang berpengalaman dan pedagang baru sedang tergesa-gesa memasukkannya ke dalam portfolio pelaburan mereka. Sama seperti mana-mana platform dagangan atau perniagaan yang lain, anda mesti mempunyai strategi untuk menghasilkan wang secara konsisten.

Waktu untuk membelinya?

Adakah Opsyen binari sah di sisi undang-undang di tempat tinggal anda? Tekan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika tanpa strategi atau taktik untuk membantu anda berdagang dalam Opsyen binari, anda mungkin juga menganggap ianya sebagai berjudi. Bergantung kepada nasib semata-mata tidak begitu selamat dalam perdagangan Opsyen binari kerana ia mungkin tidak akan berfungsi untuk anda dan semua pelaburan anda mungkin akan hilang. Anda memerlukan teknik berkesan yang boleh digunakan setiap masa, yang akan membantu anda meramal dengan betul. Selain itu, anda perlu gunakan strategi yang anda fahami dengan baik dan secara konsisten meningkatkan peluang anda untuk menang.

Bertaruh atau Berdagang?

Strategi secara umumnya dikategorikan kepada dua kumpulan. Kategori ini adalah;

  • Strategi berdasarkan model pertaruhan – Dalam strategi ini, ianya diandaikan bahawa para pelabur akan menggunakan strategi pertaruhan, tidak kira sama ada mereka biasa diri dengan pasaran kewangan atau tidak. Strategi ini menggunakan beberapa taktik yang direka untuk meningkatkan peluang kemenangan. Strategi berdasarkan berita adalah contoh terbaik dalam kategori ini.

  • Strategi berdasarkan tingkah laku pasaran – Dalam strategi ini, para pelabur kebanyakannya bergantung pada data teknikal dan statistik yang sedia ada atau apa yang telah mereka teliti dan kerjakan. Walaupun strategi ini agak sukar untuk difahami dan dikuasai, ianya adalah yang paling dipercayai kerana ianya bersifat objektif. Terdapat beberapa teknik yang dicipta untuk membantu anda memahami beberapa data, seperti carta dan yang akan memudahkan pedagang baru.

Bersedia? Mula berdagang dalam Opsyen binary sekarang

Strategi terkenal untuk diikuti adalah:

I – Strategi Asas Analisis

Strategi ini berkaitan dengan analisis keseluruhan tingkah laku prestasi atau sifat syarikat. Sebagai seorang pelabur atau pedagang dalam Opsyen binari, anda berminat untuk mengetahui tentang kunci kira-kira, penyata pendapatan dan penyata aliran tunai syarikat sebelum anda mempertimbangkan untuk membeli suatu Opsyen. Faktor lain yang perlu anda semak termasuklah kepuasan pekerja dan rakan kongsi dalam perniagaan. Singkatnya, strategi ini cuba melihat gambaran keseluruhan perniagaan yang hendak dilaburkan dalam saham mereka dan kadang-kadang dalam industri keseluruhan.

II – Strategi Analisis Teknikal

Ini adalah strategi yang agak popular dalam perdagangan Opsyen. Ianya berkaitan dengan kajian masa lalu, menggunakan parameter yang berbeza seperti carta untuk meramalkan harga masa depan sesuatu aset. Kaedah ini tidak mengambil kira nilai intrinsik sesuatu aset. Ia cukup berguna dalam perdagangan Opsyen kerana sebagai seorang pedagang, anda tidak perlu menyelidik penyata kewangan syarikat. Antara alat yang digunakan dalam analisis teknikal termasuklah band Bollinger dan Purata Pergerakan.

III – Strategi Opsyen Biasa

Strategi ini agak popular dalam kalangan pedagang Opsyen. Ianya direka dan digunakan oleh seorang pedagang untuk melindungi dirinya daripada menimbulkan kerugian penuh ke atas pelaburan mereka. Anda pilih aset asas atau mata wang yang anda minati dan kemudian jika pergerakan pasaran harga menuju ke arah yang baik, katakan ke atas, anda tetapkan Opsyen panggilan. Pada masa yang sama, anda meletakkan Opsyen pada aset yang sama.

Mari kita gunakan contoh:

Couple with rucksacks and weather jackets swiftly heading for their train in Lucerne railway station.

Opsyen mata wang GBP / USD sedang mencapai 1: 4000. Anda letakkan $ 100 Opsyen panggilan dimana akan tamat tempoh dalam 30 minit. Pembayaran adalah 70% dan 15% jika anda kalah. Dalam 15 minit pertama aset anda berada pada 1: 4015 dimana baik setakat ini. Pada masa ini, anda membeli opsyen untuk aset yang sama pada 1: 4015 yang akan luput dalam tempoh 15 minit pada $ 100. Pembayaran adalah sama seperti opsyen panggilan.

Pada akhir 30 minit akan ada dua hasil;

  • Opsyen panggilan 30 minit anda menang dan ketetapan 15 minit pada Opsyen mengalami kekalahan. Anda akan memperoleh $ 185 daripada kemenangan 70% panggilan dan 15% sagu hati bayaran balik dari Opsyen putar (yang sebaliknya boleh berlaku, Opsyen putar menang dan Opsyen panggilan kalah).
  • Kedua-dua Opsyen panggilan dan putar yang ditetapkan berakhir dengan wang. Anda akan mendapat $ 340 ($ 170 + $ 170). Oleh kerana hampir mustahil untuk anda hilangkan kedua-dua Opsyen, risiko kerugian umum dalam strategi ini hanyalah $ 15 untuk memenangi $ 140.

IV – Isyarat dan Algoritma

Terdapat beberapa aplikasi yang dijual dan yang sangat baik dalam perdagangan atau menganalisis data pasaran. Anda mungkin rasa ianya sesuai untuk melabur dalam aplikasi tersebut. Aplikasi ini dipasang di komputer anda dan mengumpulkan data yang anda mahu dan kemudiannya menganalisis data tersebut untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Data analisis teknikal dan asas digunakan di sini.

Komputer kemudiannya akan memilih dagangan untuk anda berdagang. Anda juga boleh teruskannya dan merekabentuk aplikasi yang benar-benar berdagang untuk anda. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa mengemas kini data mentah butiran analisis yang aplikasi tersebut kumpulkan.

V – Strategi Perdagangan Integrasi Bersama

Terdapat dua stok di pasaran yang mempunyai hubungan korelasi yang tinggi. Ini mungkin disebabkan ianya berada di dalam industri yang sama dan didagangkan di pasaran yang sama, oleh itu terjejas oleh banyak faktor dengan cara yang sama. Memandangkan terdapat korelasi yang tinggi di antara sepasang stok itu, anda akan mendapati bahawa apabila adanya jurang di antaranya, ia akan ditutup tidak lama kemudian. Jurang ini boleh disebabkan oleh kelemahan satu saham buat sementara waktu. Tugas utama di sini adalah untuk mengenal pasti jurang tersebut.

Selepas jurang tersebut dikenal pasti, anda perlu membeli opsyen panggilan untuk stok yang lemah atau opsyen putar untuk aset jika stok harga yang lebih tinggi dijangka akan turun. Akhirnya, kedua-dua aset melalui laluan korelasi dan ia sepatutnya menjadi suatu ‘titik keluar’.

Akhir Kata

Strategi, sama seperti Opsyen pelaburan, adalah pelbagai dan anda boleh bersama dengan strategi yang memberi anda kemenangan yang konsisten. Jika anda seorang pedagang baru, selidik dengan baik dan kenal pasti satu strategi yang sesuai dengan portfolio dan corak perdagangan anda. Sekiranya anda lebih berpengalaman sedikit, anda boleh membuat strategi anda sendiri atau menggabungkan yang sedia ada untuk membentuk satu strategi hibrid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *